Sunday, December 26, 2010

2011 bakal menjelma ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Nampaknya tahun 2010 semakin hampir ke penghujung dan tahun 2011 bakal menjelma tiba. Seperti biasa tahun baru perlu disertakan dengan azam yang baru. Samada azam lama di bawa ke hadapan ataupun menukar seluruh struktur azam bergantung kepada keperluan anda semua.Kini tahun 2010 perlu ditempuhi dengan sasaran yang berbeza.

Bagi 2011 yang bakal menjelma, kami warga LANGKAH PRIMA ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN 2011. 

Impian kami di masa 2011 ini semoga segala perjalanan yang kami rancangkan akan berjalan dengan lancar dan baik hendaknya. 



Kepada para pembaca bolehla berkongsi pendapat dan cadangan kepada kami. Semoga 2011 ini membawa lembaran yang terindah dan membawa kualiti kehidupan yang bermakna bagi semua rakyat Malaysia...

Apa yang penting???

KERJASAMA !!!

1 MALAYSIA !!!



Monday, December 20, 2010

PANDUAN KEPADA PEMBELI RUMAH

Beberapa Aspek Penting bagi Pembeli Rumah
Sebelum anda membuat keputusan bagi membeli rumah, sila pastikan:
  • Pemaju Perumahan mempunyai lesen yang sah dan masih lagi berkuatkuasa
  • Mempunyai permit iklan dan jualan yang sah dan berkuatkuasa.
  • Kenal Pasti Jenis Rumah
  • Surat Perjanjian Jual dan Beli (SPJB) untuk tanah dan bangunan (landed property) ialah 24 bulan seperti rumah banglo, rumah berkembar dan rumah teres. SPJB untuk bangunan yang dipecahbahagikan (subdivided Building) ialah 36 bulan seperti kondominium, rumah pangsa, apartment dan rumah bandar.
  • Pembeli adalah dinasihatkan mendapatkan brosur/risalah secara percuma dari pemaju di mana di dalamnya terdapat semua maklumat penting projek termasuk lesen, permit dan sebagainya.  
Hakmilik Tanah  
  • Hakmilik perseorangan, perkongsian, syarikat
  • Hakmilik Strata
  • Status Tanah
  • Hakmilik Kekal selamanya
  • Pajakan 99 tahun
  • Rezab Melayu
Dapatkan Maklumat dari Pemaju Perumahan
  • Brosur projek perumahan secara percuma
  • Teliti spesifikasi bahan pembinaan
  • Contoh Surat Perjanjian Jual dan Beli
  • Luas bangunan
  • Kedudukan rumah dibina
  • Tarikh di jangka siap
  • Keadaan tapak berbukit, bekas lombong, paya
  • Rujukan No. Kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan
Hak dan Kepentingan Pembeli dalam Perjanjian Jual dan Beli Rumah
  • Perlu difahami isi perjanjian Jual dan Beli rumah sepertimana JADUAL G dan H yang terdapat dalam Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989.
  • Bayaran Pertama
  • Pembeli perlu menandatangani SPJB pada masa pembayaran pertama 10% harga rumah dibayar kepada pemaju. Pastikan tarikh bayaran pertama dan SPJB adalah tarikh yang sama.
Untuk makluman pemaju tidak boleh mengutip apa-apa bayaran dengan nama apa pun tanpa suatu Surat Perjanjian Jual dan Beli.

Perakuan Arkitek
Pastikan apa-apa tuntutan bayaran ansuran kepada pemaju disokong dengan satu perakuan yang ditandatangani oleh Arkitek atau Jurutera Pemaju yang bertauliah.

Faedah Yang Dikenakan
Sekiranya pembeli atau pembiayaan (End Financier) pembeli gagal membayar bayaran ansuran dalam tempoh 14 hari dari tarikh menerima notis bertulis bayaran, pembeli akan dikenakan faedah oleh pemaju yang dikira dari hari atas kadar 10% setahun ke atas ansuran yang tidak berbayar.

Pembatalan Perjanjian Jual dan Beli
Sila ambil ingatan bahawa kegagalan pembeli membayar bayaran ansuran dan faedah yang dikenakan bagi suatu tempoh melebihi 28 hari, pemaju boleh menamatkan  perjanjian Jual dan Beli.
Pemaju hendaklah menghantar Surat Berdaftar A.R. kepada pembeli tentang hasratnya membatalkan Perjanjian Jual dan Beli.

Bayaran Penyelenggaraan Perkhidmatan
Pembeli hendaklah membayar bagi perkhidmatan-perkhidmatan seperti pungutan sampah, pembersihan parit-parit awam dan potongan rumput di rezab jalan mulai dari tarikh pemilikan kosong bagi tanah dan bangunan (landed property) dan bagi bangunan yang dipercahbahagi sehingga milik strata dikeluarkan dan Perbadanan Pengurusan (MC) ditubuhkan.

Bayaran Cukai Tanah, Cukai Taksiran dan Lain-lain
Mulai dari tarikh Perjanjian Jual dan Beli, pembeli adalah bertanggungjawab membayar cukai tanah, kadaran, cukai taksiran dan caj-caj lain berkenaan dengan harta yang dibeli.
Pemilikan kosong bangunan dengan bekalan air dan elektrik sedia untuk penyambungan hendaklah diserahkan kepada pembeli dalam tempoh 24 bulan kalendar dari tarikh Perjanjian (bagi tanah dan bangunan) dan 36 bulan (bagi bangunan yang dipecahbahagi)

Permohonan Perakuan Layak Menduduki Bangunan
Semasa penyerahan pemilikan kosong dilakukan, pemaju mesti memohon Perakuan Layak Menduduki Bangunan (CFO) daripada Pihak Berkuasa (Borang E dalam UBBL).

Menduduki Rumah
Pembeli hanya boleh menduduki rumah apabila Perakuan Layak Menduduki Bangunan (CFO) dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa berkenaan.
Ubahsuai rumah hanya dibenarkan selepas mendapat CFO dan kelulusan pelan dari Pihak Berkuasa berkenaan.

Bayaran Gantirugi
Sekiranya pemaju gagal menyerahkan Pemilikan Kosong Bangunan pada masa yang tepat (iaitu 24 bulan dari tarikh Perjanjian Jual dan Beli atau 36 bulan bagi bangunan yang dipecahbahagi) pemaju hendaklah membayar kepada pembeli gantirugi yang dikira dari hari ke hari dengan kadar 10% setahun daripada harga beli rumah.

Tuntutan Gantirugi dan Had Masa
Pembeli boleh menuntut bayaran gantirugi daripada pemaju sebelum tamatnya tempoh 6 tahun dari tarikh penyerahan pemilikan kosong (serah kunci / V.P) yang disebut dalam perjanjian Jual dan Beli selaras dengan Akta Had Masa 1953.

Tempoh Liabiliti Kecacatan
Mulai 1 Ogos 1996 tempoh Liabiliti Kecacatan adalah 18 bulan selepas Penyerahan Pemilikan Kosong.

Penubuhan Perbadanan Pengurusan Bagi Tanah dan Bangunan Yang DiPecahbahagi
Satu Perbadanan Pengurusan akan diwujudkan oleh pembeli-pembeli apabila Hakmilik Strata yang berasingan bagi tiap-tiap petak dikeluarkan dan dipindahmilik kepada pembeli. Selain daripada beberapa fungsi lain, Perbadanan Pengurusan adalah bertanggungjawab untuk menginsurankan dan menyelenggara bangunan.

Sunday, December 19, 2010

Pengiraan BLR

Senarai dibawah ini adalah kadar BLR terkini dari bank-bank Malaysia setakat 3 Oktober 2010.
1. Alliance Bank Malaysia Berhad – 6.30%
2. Affin Bank Berhad – 6.30%
3. AmBank (M) Berhad – 6.30%
4. Bank of America Malaysia Berhad – 6.30%
5. Bangkok Bank Berhad – 6.30%
6. Bank of China (Malaysia) Berhad – 6.30%
7. Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ (Malaysia) Berhad – 6.00%
8. CIMB Bank Berhad – 6.30%
9. Citibank Berhad – 6.30%
10. Deutsche Bank (Malaysia) Berhad – 6.30%
11. EON Bank Berhad – 6.30%
12. Hong Leong Bank Berhad – 6.30%
13. HSBC Bank Malaysia Berhad – 6.30%
14. J.P. Morgan Chase Bank Berhad – 6.20%
15. Malayan Banking Berhad – 6.30%
16. OCBC Bank (Malaysia) Berhad – 6.30%
17. Public Bank Berhad – 6.30%
18. RHB Bank Berhad – 6.30%
19. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad – 6.30%
20. The Bank of Nova Scotia Berhad – 6.30%
21. The Royal Bank of Scotland Berhad – 6.30%
22. United Overseas Bank (Malaysia) Berhad – 6.30%
+ Pinjaman Perumahan kerajaan 4.00%
+ Government Housing Loan 4.00%

</p>
<p><center><iframe frameborder=0 framebordercolor=black scrolling="no" width=270 height=300 src="http://drumah.com/fasiliti/kalkulator.html"></iframe></center></p>
<p>

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah

Selamat datang tahun baru ... Semoga tahun ini membawa erti keberkatan dan kekuatan dalam menunaikan ibadah kerja dengan hati yang tulus dan murni.
Sama-sama kita menghayati Ma'al Hijrah ini...

Semoga iman bertambah mantap, amalan bertambah, perjuangan menegakkan syiar Islam dimantapkan, seiring dengan peredaran zaman yang semakin mencabar ini.
Kalau ikut Tarikhnya ialah, 1 Muharam 1432, bersamaan hari selasa 7 Disember 2010, atau maghrib hari ini.
Semoga tahun depan lebih baik dari tahun ini. Ia merupakan satu permulaan untuk ke jalan kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran. Jadikanlah hijrah yang sebenar seperti hijrah nabi kita yang kita sayangi Nabi Muhammad SAW. Amin.
Untuk itu juga, untuk makluman,
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan merasmikan Majlis Maal Hijarah peringakat kebangsaan Maal Hijrah 1432H/2010M, Dewan Plenari, Putrajaya International Convention Centre (PICC), esok hari selasa.  Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah turut hadir.
Bertemakan tahun ini “1Malaysia 1Ummah” turut hadir juga, YAB DSPrime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri tidak lupa juga, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, menteri-menteri kabinet dan jemputan tetamu luar negara.
Majlis ini mengikut jadual bermula pukul  8.30 pagi,  apa yang difahamkan 79 kontinjen  (tetamu jemputan) daripada badan  kerajaan, dan swasta akan turut serta memeriahkan majlis ini. Sama-samalah kita memeriahkannya, insyallah.


Wednesday, December 1, 2010

Disember

Selamat datang bulan 12 (DISEMBER) ...

7 DISEMBER 2010 bersamaan 1 Muharram 1432 Hijrah

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.
Di Malaysia, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.


11 DISEMBER 2010 ~ Keputeraan Sultan Selangor

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ
IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ
D.K.,D.M.N.,D.K.(Terengganu).,D.K.(Kelantan).,D.K.(Perak).,
D.K.(Perlis).,D.K.(NegeriSembilan).,D.K.(Kedah).,S.P.M.S.,S.S.I.S.,S.P.M.J.
Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan
Serta Segala Daerah Takluknya

25 Disember 2010 ~ Christmas






Mengira detik 1 Januari 2011 ...