Wednesday, January 19, 2011

Pelan Lantai - Taman Permatang Shahputra


 Pelan lantai untuk setiap rumah -  anda boleh click (tekan) di butang Floor Plan. Segala keraguan boleh terus menghubungi pihak kami atau meninggalkan komen ada.

Monday, January 10, 2011

Perjalannan sepanjang Januari 2011

Selamat datang Jnanuari - English JANUARY - Cina YI YUE - Tamil
Kita rakyat Malaysia sekurang-kurangnya perlu tahu serba sedikit bahasa kaum lain. Barula 1 Malaysia .....

1 January 2011 - Tahun Baru

11 Januari 2011 - Hol Almarhum Sultan Iskandar (Johor)
Sultan Iskandar (1932 - 2010): A ruler who’s not a stickler for protocol

Rakyat Johor pula menyaksikan Almahum Sultan Iskandar memulakan pemerintahan baginda dengan satu kejutan. Baginda menaiki mimbar masjid memberikan khutbah Jumaat di hadadpan Perdana Menteri Tun Hussein Onn.
Jarang terdapat seorang pemegang takhta membaca khutbah dalam masa beberapa dekad sebelumnya, tetapi Sultan Iskandar telah memenranjatkan dan mengkagumkan sekalian rakyat jelata, mampu menyampaikan khutbah tanpa sebarang teks.
Almarhum Sultan Iskandar ketika baru menaiki takhta dulu. Bukan rakyat di Johor saja yang terpesona dengan baginda. Rakyat di negeri-negeri lain juga memberi perhatian kepada Sultan Johor.
Baginda pun menjelajah ke setiap daerah dan menyampaikan pula khutbah di masjid yang dikunjunginya itu.
Penampilan al-Sultan itu antara yang menambat hati rakyat jelata memberikan perhatian kepada baginda.


Almarhum Sultan Iskandar dilihat serius dan menggerunkan tetapi ia menambat kasih sayang rakyat. Semasa baginda menjadi Yang Di Pertuan Agong setiap kali Hari Raya Idil Fitri, Istana Negara mengadakan hari terbuka. Puluhan ribu rakyat jelata dari berbagai keturunan dan agama memberi masa menghadiri hari terbuka.
Jarang terdapat keramaian seperti itu dari sejak pagi hingga ke petang, tetapi ia berlaku semasa baginda bersemayam di Istana Negara.
Semoga rohnya dicucuri rahmat - AL FATIHAH

14 January 2011

Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir diputerakan pada 14 Januari 1948. Anakanda kepada Tuanku Munawir Almarhum Tuanku Abdul Rahman dan Tunku Ampuan Durah adalah satu-satunya putera daripada enam adik-beradik.

Baginda dibesarkan di Negeri Sembilan Darul Khusus dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah sebelum meneruskan pelajaran di Sekolah Tunku Besar Tampin dan Sekolah King George V, Seremban. Selepas itu, Baginda melanjutkan pengajian di Aldenham School, Elstree England di peringkat O-Level dan A-Level sebelum menyambung pengajian dalam jurusan undang-undang di University of Wales, Aberyswyth, Wales hingga memperoleh ijazah LLB pada tahun 1970.



16 Januari 2011 - Keputeraan Sultan Kedah


Patik Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah Sempena Hari Keputeraan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mua’dzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah

Pada hari Ahad, 17 Januari 2010, bersamaan 01 Safar 1431 H

D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K. (Kelantan), D.K. (Pahang), D.K. (Selangor), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak), D.K. (Brunei), D.P. (Sarawak), D.U.N.M., S.P.M.K., S.S.D.K., D.H.M.S., D.G.M.K., Grand Cordon of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adiprana (Indonesia), Order of the Rammata Thailand, Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight Order of St. John.

SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Semoga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku

Ikhlas dari Rakyat daerah Temerloh, Pahang

Tuesday, January 4, 2011

Typing Speed Test

36 perkataan

Speed test

Shahbandar - Shahputera

PENGUMUMAN !!!

Nama Shahbandar, Jengka telah bertukar kepada TAMAN PERMATANG SHAHPUTERA.

Diharap semua bakal pembeli dan rakyat 1 Malaysia tidak tersilap tempat atau nama taman ini.
Bagi mewakili pihak pemaju Langkah Prima, kami memohon maaf di atas kesulitan ini.

Monday, January 3, 2011

SELAMAT TAHUN BARU

Tidak terlambat rasanya Langkah Prima Sdn Bhd untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 atau Happy New Year !!!

Kami di sini berasa bangga dengan kehadiran 2011 ini. Pelbagai perancangan yang kami akan buat. Buat masa ini Rancangan Projek di Permatang Shahbandar, Jengka Pahang masih di dalam proses pembangunan.

Kami sebagai pihak pemaju ingin memohon maaf jika terdapat kelewatan pada projek ini. Hal ini tidak dapat kami elakkan berikutan masalah cuaca yang di alami oleh Malaysia. Walaubagaimanapun, kami tetap akan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua.

Di sini ada saya lampirkan proses kerja tanah yang sedang kami lakukan :












Semoga kepada bakal pembeli dapat bersabar dengan kesulitan yang dihadapi ini. Segala perkembangan akan kami maklumi.